Wednesday, July 29, 2009

Keratan Akhbar

MINGGU lalu akhbar Mingguan Warta Perdana menyairkan liputan Hari Karnival Amal PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (SMKLK).
Disiarkan keratan akhbar tersebut yang bertajuk Saiful Apek Buat Kejutan sebagai paparan kepada pengunjung blog yang tak sempat membaca akhbar ini pada minggu lalu.

Tuesday, July 28, 2009

Langskap sekolah...




















Puan Pengetua SMKLK, Pauziah Mahmood













ANTARA yang menarik terdapat di laman SMKLK ialah langskap yang simple tetapi menarik. Barangkali, dengan perihatin Pengetua Puan Pauziah Mahmood, suasana persekiran sekolah akan lebih menarik dan diperbaiki dari masa ke semasa.
Jom saksikan apa yang menghiasi laman sekolah yang baru-baru ini menjayakan Hari Kanival Amal PIBG 2009.

Sunday, July 19, 2009

Kemeriahan Suasana Hari Kanival Amal PIBG













































































































































































































































































































Salam sejahtera. Meriah betul program dua hari Hari Kanival Amal PIBG 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat.

Thursday, July 9, 2009

Info!

Senarai nama Ahli Jawatankuasa PIBG SMKLK Sesi 2009/2010

Tahniah! Inilah barisan teguh lagi mantap menjayakan berbagai program dan aktiviti PIBG sepanjang dua tahun. Semoga komitmen yang erat akan menjadikan PIBG SMKLK menjadi ikutan dan kebanggaan ibu bapa kepada semua PIBG sekolah menengah di Daerah Gombak! Selamat berjaya didoakan...

Ex-officio
Puan Pauziah Binti Mahmood, pengetua
Yang Dipetua
Encik Badaruddin Bin Abdul Aziz, pembantu penerbitan
Naib Yang Dipertua
Tuan Haji Hambali Bin Husain, kontraktor
Setiausaha Kehormat
Cik Noor Azlin Binti Zakaria, guru
Bendahari Kehormat
Puan Hamidah Binti Buang, guru

Ahli Jawatankuasa
Encik Mohd Fauzi Bin Ismail, Jurutera
Encik Mohd Shafar Bin Sharudin, Pakar Operasi
Tuan Haji Mohd Yusof Khan Bin Haji Osman, staf MPS
Encik Ramli Bin Abdul, pengurus
Encik Mohd Azmi Bin Yusoff, Naib Presiden Pinelabs
Tuan Haji Mohd Asmi Bin Mohd Din, peniaga
Puan Masliza Binti Nawi, guru bimbingan kaunseling
Puan Zubedah Binti Ismail, guru
Puan Wan Zawiah Binti Wan Ismail, guru kanan
Encik Abd. Wahab Bin Ibrahim, guru

Juruaudit Dalam
Encik Che Zam fadzilah Bin Abdul Kahar, ketua perbendaharaan
Encik Mohd Isa Bin Mohd Nafidah, PUNB

Wednesday, July 8, 2009

Aktiviti!




Kumpulan Rabbani menceriakan dengan persembahan lagu-lagu popular mereka.


Deretan kanopi disediakan untuk jualan dan pameran.




















Rabbani jadi tumpuan pengunjung sempena Hari Karnival Amal PIBG SMKLK 2009
KUMPULAN nasyid terkenal, Rabbani dijangka menjadi tumpuan peminat sepanjang berlangsungnya Hari Kanival Amal PIBG SMKLK 2009.
Ini kerana selain melayani orang ramai yang datang ke gerai Rabbani, membeli barangan keluaran Rabbani, pengunjung juga berpeluang menikmati aluanan suara merdu Ustaz Asri menyampaikan lagu-lagu yang menjadi siulan pendengar.
Justeru itu, orang ramai khasnya ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (SMKLK) di harap dapat meluangkan masa datang beramai-ramai menceriakan Hari Karnival Amal ini.
Hari Karnival Amal diadakan di sekitar perkarangan SMKLK pada 18 dan 19 Julai 2009 (Sabtu, Ahad) ini, bermula jam 7.30 pagi.
AJK PIBG, Sdr Mohd Fauzi Ismail berkata penganjuran ini merupakan kali pertama diadakan dan menjadi program kemuncak PIBG pada tahun ini. Sebelum ini, pada tahun lalu, sambutan Hari PIBG diraikan dengan majlis makan malam di Hotel Flamingo, Ampang.
"Tujuan Karnival Amal sudah tentulah mahu mencari dan menambah dana tabung PIBG. Sekiranya dana tabung PIBG berkurangan, sukarlah mahu mengadakan berbagai aktiviti. Sesuai dengan itu slogan keikhlasan dalam beramal, menepati hasrat warga PIBG. Oleh itu di harap berjaya Hari Karnival Amal ini akan mencapai matlamatnya," kata Fauzi ketika ditemui di kamar Pengetua SMKLK, baru-baru ini.
Berbagai acara dan jualan disediakan bagi memastikan orang ramai yang datang menikmati dan bergembira dengan program yang disediakan.
Antara acara yang bakal mendapat sambutan ialah pertandingan kawad kaki, flying fox, abseiling, senamrobik, horse riding, pertandingan nasyid, menonton filem, demonstasi memasak oleh Chef Florence Tan, persembahan artis dari Kumpulan Rabbani dan beberapa artis baru.
Jadi, jom ceriakan hujung minggu and bersama keluarga!