Wednesday, July 8, 2009

Aktiviti!




Kumpulan Rabbani menceriakan dengan persembahan lagu-lagu popular mereka.


Deretan kanopi disediakan untuk jualan dan pameran.




















Rabbani jadi tumpuan pengunjung sempena Hari Karnival Amal PIBG SMKLK 2009
KUMPULAN nasyid terkenal, Rabbani dijangka menjadi tumpuan peminat sepanjang berlangsungnya Hari Kanival Amal PIBG SMKLK 2009.
Ini kerana selain melayani orang ramai yang datang ke gerai Rabbani, membeli barangan keluaran Rabbani, pengunjung juga berpeluang menikmati aluanan suara merdu Ustaz Asri menyampaikan lagu-lagu yang menjadi siulan pendengar.
Justeru itu, orang ramai khasnya ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (SMKLK) di harap dapat meluangkan masa datang beramai-ramai menceriakan Hari Karnival Amal ini.
Hari Karnival Amal diadakan di sekitar perkarangan SMKLK pada 18 dan 19 Julai 2009 (Sabtu, Ahad) ini, bermula jam 7.30 pagi.
AJK PIBG, Sdr Mohd Fauzi Ismail berkata penganjuran ini merupakan kali pertama diadakan dan menjadi program kemuncak PIBG pada tahun ini. Sebelum ini, pada tahun lalu, sambutan Hari PIBG diraikan dengan majlis makan malam di Hotel Flamingo, Ampang.
"Tujuan Karnival Amal sudah tentulah mahu mencari dan menambah dana tabung PIBG. Sekiranya dana tabung PIBG berkurangan, sukarlah mahu mengadakan berbagai aktiviti. Sesuai dengan itu slogan keikhlasan dalam beramal, menepati hasrat warga PIBG. Oleh itu di harap berjaya Hari Karnival Amal ini akan mencapai matlamatnya," kata Fauzi ketika ditemui di kamar Pengetua SMKLK, baru-baru ini.
Berbagai acara dan jualan disediakan bagi memastikan orang ramai yang datang menikmati dan bergembira dengan program yang disediakan.
Antara acara yang bakal mendapat sambutan ialah pertandingan kawad kaki, flying fox, abseiling, senamrobik, horse riding, pertandingan nasyid, menonton filem, demonstasi memasak oleh Chef Florence Tan, persembahan artis dari Kumpulan Rabbani dan beberapa artis baru.
Jadi, jom ceriakan hujung minggu and bersama keluarga!

1 comment: