Monday, October 12, 2009

Esei minggu ini

Keterangan gambar: Aiman (kiri) bersama penerbit album sulungnya, Hafiz Hamidun gembira dengan kemunculan album pertamanya berjudul Aiman. Penyanyi single terbarunya, Cinta Terakhir ini, adalah peserta final rancangan realiti Akademi Nasyid 2008.
Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja
DALAM
kita meniti kehidupan sehari, dari soal membuat keputusan mahupun bersuara kita sering terlepas pandang soal pokok dalam menyatakan sesuatu. Kita seolah fokus dan terlalu obses dalam mempercayai setiap tindakan kita adalah benar tanpa mengambil kira pandangan lain.
Di antara kontradiksi yang berlaku sejak kebelakangan ini benar-benar mencetus suatu paradigma yang menyumbang kepada perspektif yang ingin saya rungkaikan.
Keputusan Pemuda Pas yang menggesa pembatalan konsert Beyonce juga saya kira suatu arahan yang tidak bermatlamat.
Adakah cuma ini sahaja jalan yang difikir releven untuk menyingkirkan pengaruh negatif dinegara kita ini? Bagaimanakah pula konsert artis tempatan kita, adakah mereka berpakaian jauh lebih baik dari Beyonce?
Jangan salah faham, saya juga bukan menyokong acara tersebut, tapi sekadar memberi pandangan.
Mungkin ramai yang memberi rasional bahawasanya pengamalan agama perlu pendekatan yang holistik, tetapi yang pasti bukan dalam keadaan yang drastik sebegini.
Tarbiah Nabi juga pada para sahabat juga dengan kaedah berperingkat. Tuhan faham limitasi manusia dalam membuat perubahan lantas tidak menurunkan perintah agama secara keseluruhan contohnya pembentukan iman, perintah solat, larangan meminum arak dan sebagainya.
Tetapi kita pula makhluk ciptaan memilih tarbiah yang drastik sedangkan kita sendiri dapat jangkakan penolakkan bakal berlaku.
Memang sesungguhnya fundemental dalam Islam tidak mengkompromi dalam soal urusan akidah dan hukum hakam, namun realitinya kita sedar negara kita sendiri telah tersasar jauh dari konsep sebagai negara islam, jadi perlu ada hikmah dalam setiap keputusan diambil.
Saya bukan ingin menggalakkan taqiyya, tetapi terkadang dengan menggunakkan kaedah prinsip lesser evil itu perlu.
Mungkin kita dapat cadangkan kepada kerajaan, jika artis tersebut ingin membuat persembahan, beri mereka kod etika pemakaian dalam membuat persembahan dan pastikan garis panduan itu juga perlu ditetapkan kepada semua artis dinegara ini dan barulah tiada sebarang kontradiksi dan pertikaian akan berlaku.
Kita tidak mahu anak muda dan rakyat membenci serta mereka lari jauh dari kita dan akhirnya sukar untuk kita mendekati mereka kerana hati mereka telah tertutup untuk melakukan perubahan kerana tiada ruang persefahaman.
Yang pasti saya selaku anak muda memang menginginkan perubahan tetapi bukan dalam suasana yang begini, saya juga faham manusia itu adalah mahluk yang paling fleksibel namun walaubagaiman pun mereka juga memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan sesuatu yang baru.
Naif bila kita fikirkan dengan perkataan dan perbuatan kita dapat mengubah seseorang sedangkan perubahan itu sendiri adalah dengan izin Tuhan.

Thursday, October 8, 2009

Trivia!

Keterangan gambar: Presiden SENIMAN Datuk Mustafa Maarof melancarkan Buku Travia di Finas.
Keterangan gambar: Anak penulis Zulfati Izazi turut mempromosikan buku ayahnya

Uji Minda anda!
*Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.
*Jika anda mencampurkan semua nombor dari 1 hingga 100 (1+2+3+4...seterusnya) jawapannya adalah 5050.
*Anda tidak perlu mengira untuk mendapat jawapan 21978 X 4. Anda cuma perlu terbalikkan 21978 menjadi 87912 kerana 21978 X 4 = 87912.
-Info ini dipetik dari Buku Travia oleh Zulkifli Ismail, pelakon utama drama TV popular Gerak Khas. (Pesanan naskah ini boleh hubungi Malindo Publication, 03-40247159)

Berita Sana Sini!

Langkah penjagaan H1N1 bagi calon PMR diteruskan - Muhyiddin
PUTRAJAYA: Langkah penjagaan wabak H1N1 akan diteruskan termasuk kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula Selasa lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kebimbangan mengenai wabak itu bagaimanapun sudah tidak begitu ketara dan berada dalam keadaan terkawal.
"Alhamdulillah semua dalam keadaan persiapan yang baik dan kebimbangan H1N1 sudah dapat kita kawal, tidak ada apaapa masalah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8.
Tahun ini, 475,182 calon menduduki PMR.Muhyiddin turut mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah membenarkan pengambilan Cuti Peristiwa pada hari 20 Okt ini sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 17 Oktober.
Menurutnya, sekolah yang telah kehabisan Cuti Peristiwa dibenarkan untuk mengambil cuti yang harus diganti semula pada 31 Oktober.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran mengambil maklum bahawa terdapat banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan.
"Ini untuk memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal dan merancang perjalanan balik ke kampung," katanya. BERNAMA

----------------------

Peperiksaan PMR bermula tanpa ada calon dijangkiti A(H1N1)
Seramai 475,182 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menduduki peperiksaan itu di seluruh negara hari ini, tanpa seorangpun calon yang mempunyai gejala Influenza A (H1N1) dan terpaksa mengambil peperiksaan itu di hospital.
Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Datuk Dr Salbiah Ismail berkata ketiadaan kes jangkitan H1N1 ini menunjukkan satu petanda baik bahawa caloncalon PMR mendengar saranan pihak Lembaga Peperiksaan supaya menjaga kesihatan mereka sebelum dan semasa menduduki peperiksaan PMR.
"Namun, hari ini ada juga beberapa kes calon yang diasingkan ke bilik pengasingan atas sebab sakit yang lain daripada H1N1 dan kita telahpun mengambil langkah yang sepatutnya termasuklah menyediakan kemudahan tempat yang selesa kepada calon ini bagi menduduki peperiksaan itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, menurut Salbiah, seramai 24,383 calon PMR yang menduduki peperiksaan itu di 172 pusat sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini tidak ketinggalan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum menduduki peperiksaan berkenaan.
Tinjauan Bernama di beberapa sekolah di sekitar ibu negara juga mendapati pihak sekolah membekalkan penutup mulut dan hidung kepada setiap calon peperiksaan tersebut.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju, 384 calon PMR mula berkumpul di perkarangan dewan peperiksaan seawal 7.15 pagi bagi mendengar taklimat ringkas daripada guru sebelum menduduki peperiksaan.
Pengetua sekolah Saamah Muhayat dan beberapa guru memeriksa suhu badan pelajar sebelum membenarkan mereka menduduki peperiksaan.
"Kita dapati semua pelajar yang melalui ujian suhu ini tidak menunjukkan tandatanda demam dan batuk..Alhamdulillah, segala langkah pencegahan yang diambil sekolah sejak beberapa bulan lalu membantu kelancaran hari pertama PMR di sekolah ini," kata Saamah.- BERNAMA