Langkah penjagaan H1N1 bagi calon PMR diteruskan - Muhyiddin
PUTRAJAYA: Langkah penjagaan wabak H1N1 akan diteruskan termasuk kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula Selasa lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kebimbangan mengenai wabak itu bagaimanapun sudah tidak begitu ketara dan berada dalam keadaan terkawal.
"Alhamdulillah semua dalam keadaan persiapan yang baik dan kebimbangan H1N1 sudah dapat kita kawal, tidak ada apaapa masalah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8.
Tahun ini, 475,182 calon menduduki PMR.Muhyiddin turut mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah membenarkan pengambilan Cuti Peristiwa pada hari 20 Okt ini sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 17 Oktober.
Menurutnya, sekolah yang telah kehabisan Cuti Peristiwa dibenarkan untuk mengambil cuti yang harus diganti semula pada 31 Oktober.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran mengambil maklum bahawa terdapat banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan.
"Ini untuk memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal dan merancang perjalanan balik ke kampung," katanya. BERNAMA
----------------------
Peperiksaan PMR bermula tanpa ada calon dijangkiti A(H1N1)
Seramai 475,182 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menduduki peperiksaan itu di seluruh negara hari ini, tanpa seorangpun calon yang mempunyai gejala Influenza A (H1N1) dan terpaksa mengambil peperiksaan itu di hospital.
Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Datuk Dr Salbiah Ismail berkata ketiadaan kes jangkitan H1N1 ini menunjukkan satu petanda baik bahawa caloncalon PMR mendengar saranan pihak Lembaga Peperiksaan supaya menjaga kesihatan mereka sebelum dan semasa menduduki peperiksaan PMR.
"Namun, hari ini ada juga beberapa kes calon yang diasingkan ke bilik pengasingan atas sebab sakit yang lain daripada H1N1 dan kita telahpun mengambil langkah yang sepatutnya termasuklah menyediakan kemudahan tempat yang selesa kepada calon ini bagi menduduki peperiksaan itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, menurut Salbiah, seramai 24,383 calon PMR yang menduduki peperiksaan itu di 172 pusat sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini tidak ketinggalan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum menduduki peperiksaan berkenaan.
Tinjauan Bernama di beberapa sekolah di sekitar ibu negara juga mendapati pihak sekolah membekalkan penutup mulut dan hidung kepada setiap calon peperiksaan tersebut.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju, 384 calon PMR mula berkumpul di perkarangan dewan peperiksaan seawal 7.15 pagi bagi mendengar taklimat ringkas daripada guru sebelum menduduki peperiksaan.
Pengetua sekolah Saamah Muhayat dan beberapa guru memeriksa suhu badan pelajar sebelum membenarkan mereka menduduki peperiksaan.
"Kita dapati semua pelajar yang melalui ujian suhu ini tidak menunjukkan tandatanda demam dan batuk..Alhamdulillah, segala langkah pencegahan yang diambil sekolah sejak beberapa bulan lalu membantu kelancaran hari pertama PMR di sekolah ini," kata Saamah.- BERNAMA
Senamrobik Perdana PIBG SK Hulu Kelang 2013
-
Assalam. Sabtu tanggal 13 April 2013, berlangsungnya program Senamrobik
Perdana PIBG SK Hulu Kelang di padang sekolah yang dihadiri lebih 600 murid
dan ibu...
11 years ago
No comments:
Post a Comment